BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, 12 December 2011

ciri-ciri bentuk tiga matra.

KUBUS
  • Ada 6 permukaan rata.
  • Ada 8 bucu.
  • Ada 12 sisi.
  • Semua permukaan sama besar.




KUBOID


  • Ada 6 permukaan rata.
  • Ada 8 bucu.
  • Ada 12 sisi.
  • Tidak semua permukaan sama besar.



PIRAMID

  • Ada 5 permukaan rata.
  • Ada 5 bucu.
  • Ada 8 sisi.




SILINDER

  • Ada 2 permukaan rata.
  • Ada 1 permukaan lengkung.



SFERA


  • Ada 1 permukaan lengkung.

KON



  • Ada 1 permukaan rata.
  • Ada 1 permukaan lengkung.
  • Ada 1 bucu.




Saturday, 10 December 2011

Bentuk dua matra dan tiga matra





Bentuk geometri yang telah  dikenalpasti daripada gambar diatas,dapat dikelompokkan kepada dua kumulan utama iaitu objek dua matra (2D) dan objek tiga matra (3D) . 

BENTUK DUA MATRA:
Objek dibawah dikenali sebagai objek dua matra atau 2-D. ia hanya mempunyai dua dimensi iaitu panjang dan lebar. semua objek berada dalam satu satah dan tidak mempunyai ketebalan.


BENTUK TIGA MATRA: 
Setiap pepejal ini mempunyai ciri-ciri yang tertentu seperti berpermukaan mendatar atau berpermukaan melengkung atau gabungan kedua-duanya. ada pepejal mempunyai tapak berbentuk segi empat sama,segi empat tepat,bulatan,heksagon dan lain-lain. bilangan tepi dan bucu juga berbeza mengikut objek.